FELDA TENGGAROH 2

SELAMAT DATANG

ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN

Monday 21 February 2011

SEJARAH GURU UTAMA


Buah Pukul Mersing / Zon Tenggaroh: Perkembangan Buah Pukul di Zon Tenggaroh: "Buah Pukul Mersing adalah seni warisan penduduk di sekitar Endau, Rompin, Mersing. Di Felda Tenggaroh terdapat seorang guru Buah Pukul yang bernama En Saari bin Sulaiman.



Setakat ini ramai murid yang lahir daripada tangan beliau antaranya Ustaz Raja, Ustaz Zul Senik yang masing-masing daripada Kelantan. Rata-rata murid En Shaari adalah guru-guru  SMK Tenggaroh A, Felda Tenggaroh 2. Antara lain adalah seperti En Mohd Fadli Bin Bakar, En Aminuddin bin Abd Rashid, Ustaz Zamri Abdullah, Tuan Fakarudin Tuan Yusuf, En Nazaruddin Bin Abd Rahman.

Beliau merupakan seorang yang peramah, mesra dan aktif bersukan terutamanya dalam bola sepak. Namun serius semasa mengajar Buah Pukul, beliau lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Pergerakan seilat beliau amat kemas dan padu. tak hairanlah bila beliau hendak menunjuk buah, rata-rata murid mengerut dahi. Alamatnya memang balik ke rumah kena mengurut. tetapi hanya yang selalu jadi "Punching Bag" kepada beliau sahaja merasai kenikmatan buah pukul yang sebenar.

Geraknya dalam Lian, Geleknya dengan Lian, Pukulnya dengan Lian, sebab itulah sekali kena terus tergerak ke belakang. Lian beliau berasal  dari tangan Ali Bomba (Anak kepada Pak Husin Gajah). Pak Husin Gajah adalah Murid kepada Mohammad Yassin bin Kubung (Pak Teh Mad Yassin). Jumlah Liannya ada 11 LIAN. Dalam pergerakan Lian ini yang membezakannya dengan buah pukul yang lain ialah pergerakan "Suku"





Gambar tahun 1930. baju hitam kiri pakai cermin mata tu Awang Daik. Masa ni umurnya 90 tahun. Baju Hitam tengah tu Pak Teh Mat Yasin. sebelah kanan sekali duduk Pak Husin Gajah. yang lain-lain tak tahu nama. sumber lisan dari arwah Pak Ani. Gambar ni pun simpanan Pak Ani yang diberi kepada Pak Rashid bin Musa.





En Shaari bin Sulaiman belajar dengan 3 orang guru. Gambar tahun 1982. En Shaari bin Sulaiman berdiri no 4 dari sebelah kiri. Barisan tengah Pok, Arwah Cikgu Umar [GURU], Pak Rashid [GURU], Arwah Pak Ali Gajah (Bomba) [GURU], Arwah Ustaz Said [GURU] .Duduk bersila sebelah kiri tu Hafiz Gajah anak Pak Ali. Razak Suratin bersila no 4 dari kiri. Cikgu Amin Abd Rashid hujung sekali bersila sebelah kanan.