FELDA TENGGAROH 2

SELAMAT DATANG

ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN

Sunday 26 June 2011

PERTANDINGAN SILAT SEMPENA KARNIVAL KO-KURIKULUM PENDIDIKAN JOHOR

SMK TENGGAROH A TELAH MEMENANGI 


1) JOHAN DALAM KATEGORI SILAT TEMPUR PUTERA SEKOLAH MENENGAH





2) NAIB JOHAN DALAM KATEGORI SILAT SENI PUTERA SEKOLAH MENENGAH


TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG TERLIBAT. KHUSUSNYA USTAZ ZAMRI BIN ABDULLAH,  TN FAKARUDIN BIN TN YUSUSF, EN MUSLIM BIN DARUSA YANG MEMBANTU MENUNJUK AJAR PELAJAR. JUGA TERIMA KASIH KEPADA EN ROSLI DARIPADA SK NITAR 1 YANG BANYAK MEMBANTU DARI SEGI TEKNIK SILAT.






NAIB JOHAN SOLO LELAKI SEKOLAH MENENGAH




PESERTA DARI SK SAWAH DATO`
BUAH PUKUL MERSING

Tuesday 14 June 2011

KONSEP BUAH PUKUL



KONSEP BUAH PUKUL

BUAH ADALAH BERTUJUAN HENDAK MENGENA DAN TAK HENDAK KENA.
BUAH TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS.

1) BUAH RASA 

KITA RASA BILA TUMBUKAN KITA DISENTUH / DITENGKUR / DISINGKAP OLEH LAWAN. JIKA TANGAN KANAN MUSUH TENGKUR, KITA AKAN DAPAT RASA TANGAN KIRI MUSUH AKAN SAMPAI. SEBELUM TANGAN KIRI MUSUH DATANG KITA SUDAH ATTACK DENGAN PUKUL, JIKA TERLAMBAT KITA SIMPANGKAN TANGAN KIRI AMBIL YANG DIAM. ITULAH NAMANYA BUAH RASA. 

2) BUAH NAMPAK 

KITA TIDAK MERASAI SENTUHAN TANGAN LAWAN KERANA LAWAN TERUS ATTACK TUBUH BAIK MENGGUNAKAN KAKI ATAU TANGAN, TETAPI MATA KITA NAMPAK PERLAKUAN LAWAN. MUSUH MUNGKIN MENGELEK ATAU BERGAYANG ATAU BERUAT KEKIRI DAN KEKANAN UNTUK MELANCARKAN SERANGAN. JADI PERLU BUNUH GERAK, BUNUH GAYANG, BUNUH RUAT MUSUH. SASARAN ATTACK IALAH BUNUH YANG DIAM.


PETUA MENGHADAPI SERANGAN BUAH RASA DAN BUAH NAMPAK

YANG DATANG SIMPANGKAN/SAMPINGKAN - AMBIL YANG DIAM

ATAU

YANG KENA TUJU BERALIH - AMBIL YANG DIAM

ADAKAN DINDING

JANGAN BAGI SAMPAI.

BAGAIMANAK HENDAK SAMPING/SIMPANG?

BAGAIMANA HENDAK MENGAMBIL YANG DIAM?

BAGAIMANA HENDAK BERALIH?

BAGAIMANA HENDAK BUNUH GERAK, GAYANG, RUAT, 

BERTANYALAH PADA GURU ANDA.......

SEKIAN  TERIMA KASIH.