FELDA TENGGAROH 2

SELAMAT DATANG

ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN

Sunday, 17 April 2011

BUAH TUNGGAL MERSING

BUAH 1

BUAH 2 

BUAH 3


BUAH 3



BUAH TEMBONG

VIDEO BUAH PUKUL


Wednesday, 13 April 2011

JURULATIH KELAB SILAT SMK TENGGAROH A



EN MOHD FADLI BIN BAKAR
 JURULATIH


AL-FADHIL USTAZ ZAMRI BIN ABDULLAH
JURULATIH & PENASIHAT AGAMA KELAB SILAT



TUAN FAKARUDIN BIN TUAN YUSOFF
JURULATIH


EN NAZARUDDIN BIN ABD RAHMAN
JURULATIH

Sunday, 10 April 2011

KONSEP LIAN

PERISAI PADA KITA, SENJATA PADA MUSUH
PERISAI PADA MUSUH, SENJATA PADA KITA


PENERANGAN 

Senjata pada kita,Perisai pada musuh. Boleh juga ditukar Senjata pada musuh, Perisai pada kita. Senjata tu HENDAK MENGENA, gunakan Senjata Lapan. Perisai tu tak HENDAK KENA pun sama guna Senjata Lapan. Lutut bunuh lutut, Siku bunuh siku.




GAMBAR KENANGAN


Duduk: Arwah Pak Ani Abu Samah. Berdiri dari kiri Arwah Pak Yahya, Arwah Ustaz Said Bin Salleh dan Pak Rashid B Musa. Ustaz Said ni, dia pandai khat. tulisan jawinya cantik. 3 buah buku nukil dari Pak Ani dia yang tulis, guna jenis khat berlainan. Mulanya mengajar di sekolah rendah, lepas tu sambung belajar di UKM bahagian Usuluddin hingga dapat first class. Masa hidupnya banyak masa dan tenaga diberi pada al-Arqam. salah seorang naqib penting al-Arqam. Meninggal di USA semasa melawat anaknya dan dikebumikan di sana.


Friday, 8 April 2011

SELOKA BUAH PUKUL MERSING


BUAH PUKUL LIAN PADUKA
JANGKA DAN JENGKA PERLU DIJAGA
KALAU TERLALAI PADAH MENIMPA
ITULAH PESAN SI GURU TUA

DIAM SUNGGUH, DIAM BERJAGA
IBARAT TEDUNG DI DALAM DAPUR
PANTANG DIBUBUH, DULU MENERPA
LAMBAT TIBA TEDUNG TERSUNGKUR

ADAT BERGAYANG MEMAUT DAHAN
JIKA TIDAK TERCALAR BADAN
RANTING LENTUR PERLU DITAHAN
POHON DISANGGAK SELAMATLAH TUAN

BILA DISEBUT RUAT SEKALIAN
UMPAMA LAYAR MENURUT TUAN
KIRI KANAN BOLEH DITEKAN
MENGIKUT ANGIN MENYUSUR AWAN

KAKI DIKAIT BILA DISEPAK
TUMBUK DITAHAN DIPALU DULU
MATI GERAK PADA YANG NAMPAK
MENANG JUA PADA YANG TAHU

TINGKATKAN IMAN SETINGGI GUNUNG
JAGA AMARAH MENGIKUT NAFSU
BERSIHKAN HATI MENSUCI KALBU
HIDUP BERMARUAH BANTU MEMBANTU

SAMPAI DISINI PESANAN GURU
SELALULAH BERTANYA PADA YANG TAHU

SEKIAN……….

[HASIL NUKILAN EN MOHD FADLI BAKAR]

RUJUKAN :
BUKU NUKIL RAHSIA BUAH PUKUL MERSING
MILIK HJ ABDUL RASYID MERSING

Thursday, 7 April 2011

DIRI MU AMAT BERHARGA



TUAN HAJI ABDUL RASHID BIN MUSA
MERUPAKAN SALAH SEORANG GURU EN. SHAARI BIN SULAIMAN 
YANG MASIH HIDUP.SEMOGA BELIAU DIPANJANGKAN UMUR DAN SIHAT HENDAKNYA.

Wednesday, 6 April 2011

DALAM KENANGAN









 Gambar tahun 1930. baju hitam kiri pakai cermin mata tu Awang Daik. masa ni umurnya 90 tahun. Baju Hitam tengah tu Pak Teh Mat Yasin. sebelah kanan sekali duduk Pak Husin Gajah. yang lain-lain tak tahu nama. sumber lisan dari arwah Pak Ani. Gambar ni pun simpanan Pak Ani yang diberi kepada Pak Rashid bin Musa.




Gambar tahun 1982. En Shaari bin Sulaiman berdiri no 4 dari sebelah kiri. Barisan tengah Pok, Arwah Cikgu Umar [GURU], Pak Rashid [GURU], Arwah Pak Ali Gajah (Bomba) [GURU], Arwah Ustaz Said[GURU] .Duduk bersila sebelah kiri tu Hafiz Gajah anak Pak Ali. Razak Suratin bersila no 4 dari kiri. Cikgu Amin Abd Rashid hujung sekali bersila sebelah kanan.

Tuesday, 5 April 2011

NUKIL PERSATUAN SILAT BUAH PUKUL MERSING


PEMBETULAN GELARAN NAMA PENGASAS : SYED ABD RAHMAN YUNANI

NUKIL PERGURUAN

KENANGAN GURU-GURU LAMA BUAH PUKUL MERSING




 NUKIL  RAHSIA BUAH PUKUL MERSING SIMPANAN HAJI ABD RASHID BIN MUSA




GAMBAR DI ATAS ADALAH EN SANI ABU SAMAH. 
GURU KEPADA HJ. ABD RASHID BIN MUSA.

GAMBAR DI BAWAH MERUPAKAN RAKAN SEPERGURUAN BELIAU. GAMBAR TAHUN 70AN, DARI KIRI ALLAHYARHAM USTAZ SAID, HJ ABDUL RASHID, ALLAHYARHAM PAK JAAFAR ENDUT, DAN ALLAHYARHAM CIKGU UMAR.

Sunday, 3 April 2011

PERHATIAN AHLI-AHLI BARU

ASSALAMUALAIKUM.....

GELANGANG SILAT BUAH PUKUL MERSING AKAN DIADAKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGGAROH A. MAKLUMAT LATIHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT.

TEMPAT : DEPAN ASTAKA DR ABDUL LATIF [TAPAK PERHIMPUNAN]
HARI       : JUMAAT, SABTU, AHAD.
MASA    : SELEPAS SOLAT INSYAK. SEMUA PELAJAR BARU DIMINTA BERJEMAAH BERAMAI-RAMAI DI MASJID DAN TERUS TURUN KE GELANGGANG SELEPAS SOLAT.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN PARA PELAJAR.....
There was an error in this gadget