FELDA TENGGAROH 2

SELAMAT DATANG

ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN

Monday 18 July 2011

KONSEP BUAH PUKUL

Dalam permainan Buah Pukul pengamal perlu menguasai suatu konsep yang dinamakan sebagai 

......Gerak Menyuruh Gerak Mengambil......

Kita melancarkan serangan dengan 100% sama ada kaki atau tangan, tetapi pada masa yang sama kita melihat pergerakan lawan. Serangan kita kemungkinan akan jadi perisai ekoran tindakbalas lawan (ingat konsep Senjata pada kita Perisai pada musuh dan sebaliknya). Lawan mungkin akan beruat, gayang atau pukul kita. disinilah konsep menghadapi Buah Rasa dan Buah Nampak dipraktikkan. Kita perlu mendahului gerak musuh ketika kita sedang melancarkan serangan. Pandangan mata tidak boleh lalai pada waktu ini. 

Konsep Gerak Menyuruh Gerak Mengambil sebelum diamalkan haruslah di kaji dahulu. Contohnya jika kita menumbuk, lawan akan dapat bergayang ke kiri/kanan, atau beruat ke kiri/kenan, atau atttack kita dengan buah rasa atau buah nampak, bagaimana kita hendak bunuh gerak sebelum lawan melakukannya. Maksudnya sebelum musuh mempraktikkan tekniknya kita sudah mendahului gerak musuk samaada dengan tangan yang sedang menumbuk atau perisai kiri kita yang sentiasa bersedia bertindak.

Konsep tumbuk 1, tumbuk, 2 tumbuk 3, perlu dilatih untuk menguasai petarungan. Walaupun agak lambat namun dapat mengelirukan musuh. Apapun perlu berhati-hati, musuh mungkin lebih pantas. Konsep Gerak Menyuruh Gerak Mengambil ini hampir mempunyai banyak persamaan dengan Buah Serang Silat Cekak. atau Konsep Cekak Menyerang, Cekak Menangkap. tapi tetap ada perbezaan. masing-masing ada cara dan kelebihan masing-masing.

Konsep Gerak Menyuruh Gerak Mengambil kena terus attack seoalah-olah tumbukan 100% betul menyerang, itulah namanya Gerak Menyuruh. Kalau tidak dielak memang kena teruk. Apabila lawan cuba untuk mengelak atau menangkis maka jadilah Gerak Mengambil. Tetapi harus ingat Gerak Mengambil berlaku sebelum musuh sempat menangkis atau mengelak serangan kita. bagaimana kita hendak mengambil bergantung kepada apa, dan bagaimana  cara ia datang. Kita perlu mangambil gerak musuh, bukan menangkis serangannya.

Apapun perlu kembali kepada konsep asal iaitu yang datang simpangkan ambil yang diam atau yang kena tuju beralih ambil yang diam, adakan dinding jangan bagi sampai. Tetapi teknik ini masih lagi lambat, sebab kita simpangkan yang datang, yang kena tuju kena beralih. Kalau boleh jangan biarkan yang datang itu datang, dan jangan beralih yang kena tuju sebab tiada yang akan menuju. Sebab telah awal-awal lagi dihalang. Inilah yang dinamakan sebagai 
......Konsep Dulu Tindih......

Konsep Dulu Tindih (abang) ada kembarnya iaitu Dulu Ambil (adik). Semua konsep buah pukul kita boleh pakai tanpa mengikut turutan seperti mengira 1,2,3, atau 3,1,2, atau 2,1,3, terpulang kepada keadaan. Antara teknik penting yang perlu dikuasai oleh pengamal Buah Pukul Mersing/ Lian paduka.
  • Lian 1-11
  • Buah Tunggal
  • Dulu Ambil/Hawa-Ambil yang Diam
  • Buah Rasa/Buah Nampak
  • Gerak Menyuruh Gerak Mengambil.
  • Sifir Buah Pukul lengkap bermula daripada Diam hinggalah Dulu Tahu......
  • Konsep Pandang Luar, Pandang Dalam
  • Konsep Gerak Luar, Gerak Dalam
  • Konsep Rasa Luar, Rasa Dalam
Mohon tunjuk ajar daripada guru-guru yang arif buah pukul, saya masih belajar mungkin ada salah dan silap dalam penulisan ini. Semua penulisan bukanlah meliputi keseluruhan ilmu buah pukul, ia hanya sekadar yang saya tahu sahaja, mungkin banyak lagi yang belum diketahui yang tersimpan di dada guru-guru diluar sana. harap diperbetulkan dan mohon berkongsi ilmu. sekian wassalam.


2 comments:

Pendekar21 said...

terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu yg tak ternilai ini...

hambatuhan?? said...

Alhamdulillah..trima kasih d atas perkongsian tuan..salam persahabatan dr wan terengganu..