FELDA TENGGAROH 2

SELAMAT DATANG

ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN

Tuesday, 15 March 2011

Latihan Tekpi SUKA2

Tuesday, 8 March 2011

PERINGKAT PERSILATAN BUAH PUKUL MERSING

SYARAT 28

SEBELUM MEMPELAJARI LIAN ATAU SEMASA MEMPELAJARI LIAN, GURU AKAN MEMBACAKAN SYARAT 28 YANG MERUPAKAN PERATURAN YANG MESTI DIIKUTI DAN MENJADI PANDUAN MEREKA YANG MENGAMALKAN PERMAINAN BUAH PUKUL ATAU LIAN PADUKA.

PERINGKAT BUAH PUKUL MERSING

PERINGKAT PERTAMA

MURID AKAN MEMPELAJARI PERGERAKAN LIAN ITU SENDIRI, PADA PERINGKAT INI MURID AKAN MENIRU PERBUATAN GURU 100% TANPA BANYAK SOAL. LIAN DALAM PERGURUAN INI HANYA TERBAHAGI KEPADA 11. JIKA DICAMPUR BELEBAT SEMUANYA BERJUMLAH 12. MURID TIDAK BERTANYA DAN MEMPERSOALKAN GERAK, HANYA MENGIKUT DAN MEMBETULKAN MENGIKUT YANG DIKEHENDAKI GURU. PADA PERINGKAT LIAN 4 DAN KE ATAS, GURU AKAN MENGAJAR BUAH TUNGGAL MENGIKUT KESESUAIAN DAN PENGUASAAN MURID.


PERINGKAT KEDUA

GURU MENERANGKAN MAKSUD PERGERAKAN LIAN 1 HINGGA LIAN 11, DIAJAR UNTUK MEMAHAMI KONSEP GERAKAN LIAN SEPERTI KUE, KIRI, CENCANG, SUKU, PANCUNG, POLEK, SISIP, LERAT, TEMBONG, HAWA, DULU, TIBA, SINGKAP, KAIT, RASA, TINDIH, SANGGAK, TURUT, GAYANG, RUAT, GELUT, NAMPAK, DAN LAIN-LAIN PERGERAKAN LIAN ITU SENDIRI. PADA PERINGKAT INI JUGA, BUAH TUNGGAL DITAMBAH DAN DIHALUSI DENGAN LAPIS. BILANGAN BUAH DITENTUKAN OLEH GURU DAN MAKSUD SETIAP BUAH DIHALUSI TUJUANNYA DAN DUDUK LETAKNYA DALAM PERGERAKAN LIAN. PERBINCANGAN LEBIH TERBUKA DIPERINGKAT INI DAN SETERUSNYA.

PERINGKAT KETIGA

PERINGKAT INI PERINGKAT MENGUASAI LIAN YANG DIPELAJARI SERTA MENGUASAI SETIAP GERAK GERI LIAN DAN MENGAPLIKASIKANNYA DALAM PERTEMPURAN. DI SINI SEMUA KONSEP LIAN DISEPADU DAN DIADUN UNTUK MENGHADAPI MUSUH. SETIAP GERAK LIAN DITERANGKAN CARA BUNUH SETIAP GERAK. BANYAK RAHSIA LIAN AKAN TERSERLAH JIKA MURID MENGHAYATI PERGERAKAN LIAN. PERINGKAT INI MURID SUDAH DAPAT BERSILAT SEBAGAI SEORANG PENDEKAR, KAKI TANGAN BAGAIKAN BERMATA DAN DAPAT MERASA PERGERAKAN MUSUH. [PANDANG DALAM] [GERAK DALAM] [RASA DALAM] DIFAHAMI DAN DIKUASAI. PADA PERINGKAT INI PERTARUNGAN MENJADI BEBAS TETAPI TETAP BERGERAK DALAM LIAN, MELAPIS, BERGAYANG, BERUAT TELAH DIKUASAI DENGAN MAHIR PERMAINAN BERKISAR MENGIKUT KEHENDAK. GURU MENGAJAR BUAH RAHSIA YANG TERDAPAT DALAM LIAN SERTA MENGKAJI RAHSIA BUAH PUKUL MERSING. 

CATATAN : PERMAINAN LIAN PADUKA TIADA HUJUNG PENAMATNYA, NAMUN MENURUT PAK RASYID [MURID KEPADA SANI ABU SAMAH], ILMU BUAH PUKUL ADA PELENGKAPNYA IAITU ILMU MENGENAL TUHAN ATAU YANG DIPANGGIL ILMU MA`RIFATULLAH. PENGAMAL BUAH PUKUL PERLU MEMAHAMI DENGAN JELAS SIFAT-SIFAT ALLAH SEPERTI QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYYAT, SAMA`, BASAR DAN LAIN-LAIN LAGI DAN BAGAIMANA PERMAINAN BUAH PUKUL TERTAKLUK KEPADANYA. UNTUK MENDALAMI ILMU INI PERLU MERUJUK SENDIRI KEPADA AHLINYA DAN MEREKA YANG TAHU SAHAJA. SEKIAN.

Tuesday, 1 March 2011

Lagenda Buah pukul Mersing














Asal-usul Buah Pukul Mersing

Buah Pukul Mersing : Asal-Usul 

Sumber asal :  http://karamai-suaraku.blogspot.com


Salasilah Guru-guru

Asal nya Silat Lian hanya dikenali Buah Pukul sahaja. Dikenali juga Silat Gayang Lima,Lian Paduka,Buah Pukul Mersing. Perguruan ini dinamakan Lian Paduka kerana ia pernah diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim serta tentera-tentera nya.'Didalam buah ada pukul. Buah itu tumbuk dan pukul itu penyambut tumbuk atau cara memasukkan tumbuk'.Dinamakan Silat Yunan kerana ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Islam dari Yunan, China. Ada dua permainan iaitu Lian Yunan dan Lian Kwantung. Telah dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul ini.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).


Awang Ali/Daik dan Sani Abu Samah

Pertamakali permainan ini diijazahkan kepada Syed Abd Rahman. Awang Ali dan Muhamad Yassin Yunos merupakan sahabat kepada Syed Abd Rahman yang menjadi murid sulung beliau.Setelah diijazahkan pada 5 Januari 1897 dirumah Datuk Untut anak Datuk Beremban di no 5 Jalan Maharani, Muar, mereka berdua mewarisi tugas guru iaitu mengajarkan seni silat ini.

Setelah diijazah Awang Daik menetap di Mersing. Semasa di Mersing, beliau akrab dengan Almarhum Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 2 sehingga beliau dilantik menjadi hakim di Mersing. Dengan adanya dua orang guru silat ini di Mersing menjadikan Mersing sebagai pusat silat ini dan menjadi sebab mengapa silat ini dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing.

Silat ini terus berkembang sehingga ke Rompin,Endau terus ke Sungai Ular dan negeri Terengganu. Tempat Muhamad Yassin Yunus diganti oleh Yaakob Tara dan Isa Sulaiman, dua orang yang menetap di Mersing. Bertambah lagi pengikut silat ini dengan perlantikan Muhamad Yasin Kubong yang juga dikenali Pak Teh Muhamad Yasin seorang anak jati Endau. Beliau adalah anak murid kanan kepada Awang Daik yang dilantik menjadi guru menggantikan guru silatnya.

Abdul Rahman Awang Chik,menantu kepada Awang Daik yang kemudian nya mengambil alih tugas Pak Teh Muhamad Yasin telah mengajar silat ini ke seluruh Endau sehingga ke Rompin. Sani Abu Samah seorang anak jati Mersing pula telah mengajar buah pukul Mersing ditempat kelahiran beliau itu. Seni silat ini terus berkembang ke Kluang apabila Abd Rahman Abd Majid mengambil alih tugas Sani Abu Samah sebagai guru.

Guru-guru tua Silat Lian:
Pak Andak Tab dan Pak Cik Pit dari Segamat, Che Wan Chik yang terkenal di Rompin, Pak Anjang Ibrahim,Haji Jambi, Tok Musa,Pak Atan, Mat Wong dan lain-lain.

Permainan Lian agak berbeza dari seorang guru ke seorang guru.Ada yang menyimpan petua permainan ini,berdiri kena elak pun kena.Terlalu halus untuk membaca gerak. Dalam permainan Lian,sebelum musuh bergerak,mesti dibunuh (pukul) gerak musuh terdahulu. Ada 12 gerak Lian semuanya. Dikatakan Lian yang cantik geraknya ialah Lian Anak Dara.