FELDA TENGGAROH 2

SELAMAT DATANG

ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN

Tuesday, 1 March 2011

Asal-usul Buah Pukul Mersing

Buah Pukul Mersing : Asal-Usul 

Sumber asal :  http://karamai-suaraku.blogspot.com


Salasilah Guru-guru

Asal nya Silat Lian hanya dikenali Buah Pukul sahaja. Dikenali juga Silat Gayang Lima,Lian Paduka,Buah Pukul Mersing. Perguruan ini dinamakan Lian Paduka kerana ia pernah diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim serta tentera-tentera nya.'Didalam buah ada pukul. Buah itu tumbuk dan pukul itu penyambut tumbuk atau cara memasukkan tumbuk'.Dinamakan Silat Yunan kerana ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Islam dari Yunan, China. Ada dua permainan iaitu Lian Yunan dan Lian Kwantung. Telah dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul ini.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).


Awang Ali/Daik dan Sani Abu Samah

Pertamakali permainan ini diijazahkan kepada Syed Abd Rahman. Awang Ali dan Muhamad Yassin Yunos merupakan sahabat kepada Syed Abd Rahman yang menjadi murid sulung beliau.Setelah diijazahkan pada 5 Januari 1897 dirumah Datuk Untut anak Datuk Beremban di no 5 Jalan Maharani, Muar, mereka berdua mewarisi tugas guru iaitu mengajarkan seni silat ini.

Setelah diijazah Awang Daik menetap di Mersing. Semasa di Mersing, beliau akrab dengan Almarhum Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 2 sehingga beliau dilantik menjadi hakim di Mersing. Dengan adanya dua orang guru silat ini di Mersing menjadikan Mersing sebagai pusat silat ini dan menjadi sebab mengapa silat ini dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing.

Silat ini terus berkembang sehingga ke Rompin,Endau terus ke Sungai Ular dan negeri Terengganu. Tempat Muhamad Yassin Yunus diganti oleh Yaakob Tara dan Isa Sulaiman, dua orang yang menetap di Mersing. Bertambah lagi pengikut silat ini dengan perlantikan Muhamad Yasin Kubong yang juga dikenali Pak Teh Muhamad Yasin seorang anak jati Endau. Beliau adalah anak murid kanan kepada Awang Daik yang dilantik menjadi guru menggantikan guru silatnya.

Abdul Rahman Awang Chik,menantu kepada Awang Daik yang kemudian nya mengambil alih tugas Pak Teh Muhamad Yasin telah mengajar silat ini ke seluruh Endau sehingga ke Rompin. Sani Abu Samah seorang anak jati Mersing pula telah mengajar buah pukul Mersing ditempat kelahiran beliau itu. Seni silat ini terus berkembang ke Kluang apabila Abd Rahman Abd Majid mengambil alih tugas Sani Abu Samah sebagai guru.

Guru-guru tua Silat Lian:
Pak Andak Tab dan Pak Cik Pit dari Segamat, Che Wan Chik yang terkenal di Rompin, Pak Anjang Ibrahim,Haji Jambi, Tok Musa,Pak Atan, Mat Wong dan lain-lain.

Permainan Lian agak berbeza dari seorang guru ke seorang guru.Ada yang menyimpan petua permainan ini,berdiri kena elak pun kena.Terlalu halus untuk membaca gerak. Dalam permainan Lian,sebelum musuh bergerak,mesti dibunuh (pukul) gerak musuh terdahulu. Ada 12 gerak Lian semuanya. Dikatakan Lian yang cantik geraknya ialah Lian Anak Dara.

7 comments:

Anonymous said...

as'salam,saya nak tanya siapa nama guru pertama silat buah pukul pertama yang mengajar kat mersing? dan berapa ramai anak murid yang dia ajar...email freakasme@gmail.com

Mohd.Fadli (012-5947495) said...

wlam.dalam nukil ada penjelasan pasal guru dari syed abdul rahman yunani asalnya dan diturunkan kepada 2 orang shj iaitu paklong mat yassin dan awang daik.yg ramai anak murid di mersing ialah awang daik.

Anonymous said...

Assalamualaikum,,saya nak tanya..siapa anak kepada Abdul Rahman Awang Chik?

Anonymous said...

susunan guru di atas rasanya tak berapa betul. Sani Abu samah tak belajar dengan yaakub bin tara. pak raja bukan murid pak ani.(jawapan lisan dari pak raja, Pak raja belajar dengan chu aman & pak atan air batu.) Chu aman dari mersing bukan endau.Ramai anak muridnya di mersing.murid kesayangan beliau jaafar endut.Ramai murid pok po di mersing istilah berguru dengan berfaham=faham lain dalam buah pukul. maksud berguru kita ambil a sampai z. maksud berfaham-faham , berkunjung dan dapat 2 @ tiga tenik pukul. wallahualam

Anonymous said...

susunan guru di atas rasanya tak berapa betul. Sani Abu samah tak belajar dengan yaakub bin tara. pak raja bukan murid pak ani.(jawapan lisan dari pak raja, Pak raja belajar dengan chu aman & pak atan air batu.) Chu aman dari mersing bukan endau.Ramai anak muridnya di mersing.murid kesayangan beliau jaafar endut.Ramai murid pok po di mersing istilah berguru dengan berfaham=faham lain dalam buah pukul. maksud berguru kita ambil a sampai z. maksud berfaham-faham , berkunjung dan dapat 2 @ tiga tenik pukul. wallahualam

Mohd.Fadli (012-5947495) said...

maaf saya cuma berpandukan nukil simpaanan hj abd rashid bin musa. saya pun tak tahu sejarah BPM sangat.klu ada yang tahu bolehlah berkongsi di sini.

Mohd.Fadli (012-5947495) said...

maaf saya cuma berpandukan nukil simpaanan hj abd rashid bin musa. saya pun tak tahu sejarah BPM sangat.klu ada yang tahu bolehlah berkongsi di sini.

There was an error in this gadget