FELDA TENGGAROH 2
SELAMAT DATANG
ANDAI ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
BUAH PUKUL LIAN PADUKASEKALI MARA DIUNDUR JANGAN
Thursday, 17 November 2011
Thursday, 6 October 2011
Thursday, 22 September 2011
Wednesday, 21 September 2011
Thursday, 21 July 2011
KONSEP BUAH PUKUL MERSING
GERAK MENYURUH GERAK MENGACAH NAMANYA, GERAK MENGAMBIL GERAK MENGENA NAMANYA, TANGAN KANAN MENYURUH TANGAN KANAN JUGA MENGAMBIL ATAU TANGAN KANAN MENYURUH TANGAN KIRI MENGAMBIL DAN BEGITULAH SEBALIKNYA.
SUMBANGAN DARIPADA
EN. AMINUDIN BIN ABDUL RASHID
PEWARIS NUKIL BUAH PUKUL MERSING
DARIPADA AYAHNYA HJ ABDUL RASHID BIN MUSA.
EN. AMINUDIN BIN ABDUL RASHID
PEWARIS NUKIL BUAH PUKUL MERSING
DARIPADA AYAHNYA HJ ABDUL RASHID BIN MUSA.
Monday, 18 July 2011
KONSEP BUAH PUKUL
Dalam permainan Buah Pukul pengamal perlu menguasai suatu konsep yang dinamakan sebagai
......Gerak Menyuruh Gerak Mengambil......
Kita melancarkan serangan dengan 100% sama ada kaki atau tangan, tetapi pada masa yang sama kita melihat pergerakan lawan. Serangan kita kemungkinan akan jadi perisai ekoran tindakbalas lawan (ingat konsep Senjata pada kita Perisai pada musuh dan sebaliknya). Lawan mungkin akan beruat, gayang atau pukul kita. disinilah konsep menghadapi Buah Rasa dan Buah Nampak dipraktikkan. Kita perlu mendahului gerak musuh ketika kita sedang melancarkan serangan. Pandangan mata tidak boleh lalai pada waktu ini.
Konsep Gerak Menyuruh Gerak Mengambil sebelum diamalkan haruslah di kaji dahulu. Contohnya jika kita menumbuk, lawan akan dapat bergayang ke kiri/kanan, atau beruat ke kiri/kenan, atau atttack kita dengan buah rasa atau buah nampak, bagaimana kita hendak bunuh gerak sebelum lawan melakukannya. Maksudnya sebelum musuh mempraktikkan tekniknya kita sudah mendahului gerak musuk samaada dengan tangan yang sedang menumbuk atau perisai kiri kita yang sentiasa bersedia bertindak.
Konsep tumbuk 1, tumbuk, 2 tumbuk 3, perlu dilatih untuk menguasai petarungan. Walaupun agak lambat namun dapat mengelirukan musuh. Apapun perlu berhati-hati, musuh mungkin lebih pantas. Konsep Gerak Menyuruh Gerak Mengambil ini hampir mempunyai banyak persamaan dengan Buah Serang Silat Cekak. atau Konsep Cekak Menyerang, Cekak Menangkap. tapi tetap ada perbezaan. masing-masing ada cara dan kelebihan masing-masing.
Konsep Gerak Menyuruh Gerak Mengambil kena terus attack seoalah-olah tumbukan 100% betul menyerang, itulah namanya Gerak Menyuruh. Kalau tidak dielak memang kena teruk. Apabila lawan cuba untuk mengelak atau menangkis maka jadilah Gerak Mengambil. Tetapi harus ingat Gerak Mengambil berlaku sebelum musuh sempat menangkis atau mengelak serangan kita. bagaimana kita hendak mengambil bergantung kepada apa, dan bagaimana cara ia datang. Kita perlu mangambil gerak musuh, bukan menangkis serangannya.
Apapun perlu kembali kepada konsep asal iaitu yang datang simpangkan ambil yang diam atau yang kena tuju beralih ambil yang diam, adakan dinding jangan bagi sampai. Tetapi teknik ini masih lagi lambat, sebab kita simpangkan yang datang, yang kena tuju kena beralih. Kalau boleh jangan biarkan yang datang itu datang, dan jangan beralih yang kena tuju sebab tiada yang akan menuju. Sebab telah awal-awal lagi dihalang. Inilah yang dinamakan sebagai
......Konsep Dulu Tindih......
Konsep Dulu Tindih (abang) ada kembarnya iaitu Dulu Ambil (adik). Semua konsep buah pukul kita boleh pakai tanpa mengikut turutan seperti mengira 1,2,3, atau 3,1,2, atau 2,1,3, terpulang kepada keadaan. Antara teknik penting yang perlu dikuasai oleh pengamal Buah Pukul Mersing/ Lian paduka.
- Lian 1-11
- Buah Tunggal
- Dulu Ambil/Hawa-Ambil yang Diam
- Buah Rasa/Buah Nampak
- Gerak Menyuruh Gerak Mengambil.
- Sifir Buah Pukul lengkap bermula daripada Diam hinggalah Dulu Tahu......
- Konsep Pandang Luar, Pandang Dalam
- Konsep Gerak Luar, Gerak Dalam
- Konsep Rasa Luar, Rasa Dalam
Mohon tunjuk ajar daripada guru-guru yang arif buah pukul, saya masih belajar mungkin ada salah dan silap dalam penulisan ini. Semua penulisan bukanlah meliputi keseluruhan ilmu buah pukul, ia hanya sekadar yang saya tahu sahaja, mungkin banyak lagi yang belum diketahui yang tersimpan di dada guru-guru diluar sana. harap diperbetulkan dan mohon berkongsi ilmu. sekian wassalam.
Sunday, 26 June 2011
PERTANDINGAN SILAT SEMPENA KARNIVAL KO-KURIKULUM PENDIDIKAN JOHOR
SMK TENGGAROH A TELAH MEMENANGI
1) JOHAN DALAM KATEGORI SILAT TEMPUR PUTERA SEKOLAH MENENGAH
2) NAIB JOHAN DALAM KATEGORI SILAT SENI PUTERA SEKOLAH MENENGAH
TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG TERLIBAT. KHUSUSNYA USTAZ ZAMRI BIN ABDULLAH, TN FAKARUDIN BIN TN YUSUSF, EN MUSLIM BIN DARUSA YANG MEMBANTU MENUNJUK AJAR PELAJAR. JUGA TERIMA KASIH KEPADA EN ROSLI DARIPADA SK NITAR 1 YANG BANYAK MEMBANTU DARI SEGI TEKNIK SILAT.
NAIB JOHAN SOLO LELAKI SEKOLAH MENENGAH
PESERTA DARI SK SAWAH DATO`
BUAH PUKUL MERSING
NAIB JOHAN SOLO LELAKI SEKOLAH MENENGAH
PESERTA DARI SK SAWAH DATO`
BUAH PUKUL MERSING
Tuesday, 14 June 2011
KONSEP BUAH PUKUL
KONSEP BUAH PUKUL
BUAH ADALAH BERTUJUAN HENDAK MENGENA DAN TAK HENDAK KENA.
BUAH TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS.
1) BUAH RASA
KITA RASA BILA TUMBUKAN KITA DISENTUH / DITENGKUR / DISINGKAP OLEH LAWAN. JIKA TANGAN KANAN MUSUH TENGKUR, KITA AKAN DAPAT RASA TANGAN KIRI MUSUH AKAN SAMPAI. SEBELUM TANGAN KIRI MUSUH DATANG KITA SUDAH ATTACK DENGAN PUKUL, JIKA TERLAMBAT KITA SIMPANGKAN TANGAN KIRI AMBIL YANG DIAM. ITULAH NAMANYA BUAH RASA.
2) BUAH NAMPAK
KITA TIDAK MERASAI SENTUHAN TANGAN LAWAN KERANA LAWAN TERUS ATTACK TUBUH BAIK MENGGUNAKAN KAKI ATAU TANGAN, TETAPI MATA KITA NAMPAK PERLAKUAN LAWAN. MUSUH MUNGKIN MENGELEK ATAU BERGAYANG ATAU BERUAT KEKIRI DAN KEKANAN UNTUK MELANCARKAN SERANGAN. JADI PERLU BUNUH GERAK, BUNUH GAYANG, BUNUH RUAT MUSUH. SASARAN ATTACK IALAH BUNUH YANG DIAM.
PETUA MENGHADAPI SERANGAN BUAH RASA DAN BUAH NAMPAK
YANG DATANG SIMPANGKAN/SAMPINGKAN - AMBIL YANG DIAM
ATAU
ATAU
YANG KENA TUJU BERALIH - AMBIL YANG DIAM
ADAKAN DINDING
JANGAN BAGI SAMPAI.
BAGAIMANAK HENDAK SAMPING/SIMPANG?
BAGAIMANA HENDAK MENGAMBIL YANG DIAM?
BAGAIMANA HENDAK MENGAMBIL YANG DIAM?
BAGAIMANA HENDAK BERALIH?
BAGAIMANA HENDAK BUNUH GERAK, GAYANG, RUAT,
BAGAIMANA HENDAK BUNUH GERAK, GAYANG, RUAT,
BERTANYALAH PADA GURU ANDA.......
SEKIAN TERIMA KASIH.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Sunday, 17 April 2011
Thursday, 14 April 2011
Wednesday, 13 April 2011
JURULATIH KELAB SILAT SMK TENGGAROH A
EN MOHD FADLI BIN BAKAR
JURULATIH
AL-FADHIL USTAZ ZAMRI BIN ABDULLAH
JURULATIH & PENASIHAT AGAMA KELAB SILAT
TUAN FAKARUDIN BIN TUAN YUSOFF
JURULATIH
EN NAZARUDDIN BIN ABD RAHMAN
JURULATIH
Sunday, 10 April 2011
KONSEP LIAN
PERISAI PADA KITA, SENJATA PADA MUSUH
PERISAI PADA MUSUH, SENJATA PADA KITA
PENERANGAN
Senjata pada kita,Perisai pada musuh. Boleh juga ditukar Senjata pada musuh, Perisai pada kita. Senjata tu HENDAK MENGENA, gunakan Senjata Lapan. Perisai tu tak HENDAK KENA pun sama guna Senjata Lapan. Lutut bunuh lutut, Siku bunuh siku.
GAMBAR KENANGAN
Duduk: Arwah Pak Ani Abu Samah. Berdiri dari kiri Arwah Pak Yahya, Arwah Ustaz Said Bin Salleh dan Pak Rashid B Musa. Ustaz Said ni, dia pandai khat. tulisan jawinya cantik. 3 buah buku nukil dari Pak Ani dia yang tulis, guna jenis khat berlainan. Mulanya mengajar di sekolah rendah, lepas tu sambung belajar di UKM bahagian Usuluddin hingga dapat first class. Masa hidupnya banyak masa dan tenaga diberi pada al-Arqam. salah seorang naqib penting al-Arqam. Meninggal di USA semasa melawat anaknya dan dikebumikan di sana.
Friday, 8 April 2011
SELOKA BUAH PUKUL MERSING
BUAH PUKUL LIAN PADUKA
JANGKA DAN JENGKA PERLU DIJAGA
KALAU TERLALAI PADAH MENIMPA
ITULAH PESAN SI GURU TUA
DIAM SUNGGUH, DIAM BERJAGA
IBARAT TEDUNG DI DALAM DAPUR
PANTANG DIBUBUH, DULU MENERPA
LAMBAT TIBA TEDUNG TERSUNGKUR
ADAT BERGAYANG MEMAUT DAHAN
JIKA TIDAK TERCALAR BADAN
RANTING LENTUR PERLU DITAHAN
POHON DISANGGAK SELAMATLAH TUAN
BILA DISEBUT RUAT SEKALIAN
UMPAMA LAYAR MENURUT TUAN
KIRI KANAN BOLEH DITEKAN
MENGIKUT ANGIN MENYUSUR AWAN
KAKI DIKAIT BILA DISEPAK
TUMBUK DITAHAN DIPALU DULU
MATI GERAK PADA YANG NAMPAK
MENANG JUA PADA YANG TAHU
TINGKATKAN IMAN SETINGGI GUNUNG
JAGA AMARAH MENGIKUT NAFSU
BERSIHKAN HATI MENSUCI KALBU
HIDUP BERMARUAH BANTU MEMBANTU
SAMPAI DISINI PESANAN GURU
SELALULAH BERTANYA PADA YANG TAHU
SEKIAN……….
[HASIL NUKILAN EN MOHD FADLI BAKAR]
RUJUKAN :
BUKU NUKIL RAHSIA BUAH PUKUL MERSING
MILIK HJ ABDUL RASYID MERSING
Thursday, 7 April 2011
DIRI MU AMAT BERHARGA
TUAN HAJI ABDUL RASHID BIN MUSA
MERUPAKAN SALAH SEORANG GURU EN. SHAARI BIN SULAIMAN
YANG MASIH HIDUP.SEMOGA BELIAU DIPANJANGKAN UMUR DAN SIHAT HENDAKNYA.
Wednesday, 6 April 2011
DALAM KENANGAN
Gambar tahun 1930. baju hitam kiri pakai cermin mata tu Awang Daik. masa ni umurnya 90 tahun. Baju Hitam tengah tu Pak Teh Mat Yasin. sebelah kanan sekali duduk Pak Husin Gajah. yang lain-lain tak tahu nama. sumber lisan dari arwah Pak Ani. Gambar ni pun simpanan Pak Ani yang diberi kepada Pak Rashid bin Musa.
Gambar tahun 1982. En Shaari bin Sulaiman berdiri no 4 dari sebelah kiri. Barisan tengah Pok, Arwah Cikgu Umar [GURU], Pak Rashid [GURU], Arwah Pak Ali Gajah (Bomba) [GURU], Arwah Ustaz Said[GURU] .Duduk bersila sebelah kiri tu Hafiz Gajah anak Pak Ali. Razak Suratin bersila no 4 dari kiri. Cikgu Amin Abd Rashid hujung sekali bersila sebelah kanan.
Tuesday, 5 April 2011
KENANGAN GURU-GURU LAMA BUAH PUKUL MERSING
NUKIL RAHSIA BUAH PUKUL MERSING SIMPANAN HAJI ABD RASHID BIN MUSA
GAMBAR DI ATAS ADALAH EN SANI ABU SAMAH.
GURU KEPADA HJ. ABD RASHID BIN MUSA.
GAMBAR DI BAWAH MERUPAKAN RAKAN SEPERGURUAN BELIAU. GAMBAR TAHUN 70AN, DARI KIRI ALLAHYARHAM USTAZ SAID, HJ ABDUL RASHID, ALLAHYARHAM PAK JAAFAR ENDUT, DAN ALLAHYARHAM CIKGU UMAR.
Sunday, 3 April 2011
PERHATIAN AHLI-AHLI BARU
ASSALAMUALAIKUM.....
GELANGANG SILAT BUAH PUKUL MERSING AKAN DIADAKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGGAROH A. MAKLUMAT LATIHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT.
TEMPAT : DEPAN ASTAKA DR ABDUL LATIF [TAPAK PERHIMPUNAN]
HARI : JUMAAT, SABTU, AHAD.
MASA : SELEPAS SOLAT INSYAK. SEMUA PELAJAR BARU DIMINTA BERJEMAAH BERAMAI-RAMAI DI MASJID DAN TERUS TURUN KE GELANGGANG SELEPAS SOLAT.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN PARA PELAJAR.....
Tuesday, 15 March 2011
Tuesday, 8 March 2011
PERINGKAT PERSILATAN BUAH PUKUL MERSING
SYARAT 28
SEBELUM MEMPELAJARI LIAN ATAU SEMASA MEMPELAJARI LIAN, GURU AKAN MEMBACAKAN SYARAT 28 YANG MERUPAKAN PERATURAN YANG MESTI DIIKUTI DAN MENJADI PANDUAN MEREKA YANG MENGAMALKAN PERMAINAN BUAH PUKUL ATAU LIAN PADUKA.
PERINGKAT BUAH PUKUL MERSING
PERINGKAT PERTAMA
MURID AKAN MEMPELAJARI PERGERAKAN LIAN ITU SENDIRI, PADA PERINGKAT INI MURID AKAN MENIRU PERBUATAN GURU 100% TANPA BANYAK SOAL. LIAN DALAM PERGURUAN INI HANYA TERBAHAGI KEPADA 11. JIKA DICAMPUR BELEBAT SEMUANYA BERJUMLAH 12. MURID TIDAK BERTANYA DAN MEMPERSOALKAN GERAK, HANYA MENGIKUT DAN MEMBETULKAN MENGIKUT YANG DIKEHENDAKI GURU. PADA PERINGKAT LIAN 4 DAN KE ATAS, GURU AKAN MENGAJAR BUAH TUNGGAL MENGIKUT KESESUAIAN DAN PENGUASAAN MURID.
PERINGKAT KEDUA
GURU MENERANGKAN MAKSUD PERGERAKAN LIAN 1 HINGGA LIAN 11, DIAJAR UNTUK MEMAHAMI KONSEP GERAKAN LIAN SEPERTI KUE, KIRI, CENCANG, SUKU, PANCUNG, POLEK, SISIP, LERAT, TEMBONG, HAWA, DULU, TIBA, SINGKAP, KAIT, RASA, TINDIH, SANGGAK, TURUT, GAYANG, RUAT, GELUT, NAMPAK, DAN LAIN-LAIN PERGERAKAN LIAN ITU SENDIRI. PADA PERINGKAT INI JUGA, BUAH TUNGGAL DITAMBAH DAN DIHALUSI DENGAN LAPIS. BILANGAN BUAH DITENTUKAN OLEH GURU DAN MAKSUD SETIAP BUAH DIHALUSI TUJUANNYA DAN DUDUK LETAKNYA DALAM PERGERAKAN LIAN. PERBINCANGAN LEBIH TERBUKA DIPERINGKAT INI DAN SETERUSNYA.
PERINGKAT KETIGA
PERINGKAT INI PERINGKAT MENGUASAI LIAN YANG DIPELAJARI SERTA MENGUASAI SETIAP GERAK GERI LIAN DAN MENGAPLIKASIKANNYA DALAM PERTEMPURAN. DI SINI SEMUA KONSEP LIAN DISEPADU DAN DIADUN UNTUK MENGHADAPI MUSUH. SETIAP GERAK LIAN DITERANGKAN CARA BUNUH SETIAP GERAK. BANYAK RAHSIA LIAN AKAN TERSERLAH JIKA MURID MENGHAYATI PERGERAKAN LIAN. PERINGKAT INI MURID SUDAH DAPAT BERSILAT SEBAGAI SEORANG PENDEKAR, KAKI TANGAN BAGAIKAN BERMATA DAN DAPAT MERASA PERGERAKAN MUSUH. [PANDANG DALAM] [GERAK DALAM] [RASA DALAM] DIFAHAMI DAN DIKUASAI. PADA PERINGKAT INI PERTARUNGAN MENJADI BEBAS TETAPI TETAP BERGERAK DALAM LIAN, MELAPIS, BERGAYANG, BERUAT TELAH DIKUASAI DENGAN MAHIR PERMAINAN BERKISAR MENGIKUT KEHENDAK. GURU MENGAJAR BUAH RAHSIA YANG TERDAPAT DALAM LIAN SERTA MENGKAJI RAHSIA BUAH PUKUL MERSING.
CATATAN : PERMAINAN LIAN PADUKA TIADA HUJUNG PENAMATNYA, NAMUN MENURUT PAK RASYID [MURID KEPADA SANI ABU SAMAH], ILMU BUAH PUKUL ADA PELENGKAPNYA IAITU ILMU MENGENAL TUHAN ATAU YANG DIPANGGIL ILMU MA`RIFATULLAH. PENGAMAL BUAH PUKUL PERLU MEMAHAMI DENGAN JELAS SIFAT-SIFAT ALLAH SEPERTI QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYYAT, SAMA`, BASAR DAN LAIN-LAIN LAGI DAN BAGAIMANA PERMAINAN BUAH PUKUL TERTAKLUK KEPADANYA. UNTUK MENDALAMI ILMU INI PERLU MERUJUK SENDIRI KEPADA AHLINYA DAN MEREKA YANG TAHU SAHAJA. SEKIAN.
Tuesday, 1 March 2011
Asal-usul Buah Pukul Mersing
Buah Pukul Mersing : Asal-Usul
Sumber asal : http://karamai-suaraku.blogspot.com
Salasilah Guru-guru
Asal nya Silat Lian hanya dikenali Buah Pukul sahaja. Dikenali juga Silat Gayang Lima,Lian Paduka,Buah Pukul Mersing. Perguruan ini dinamakan Lian Paduka kerana ia pernah diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim serta tentera-tentera nya.'Didalam buah ada pukul. Buah itu tumbuk dan pukul itu penyambut tumbuk atau cara memasukkan tumbuk'.Dinamakan Silat Yunan kerana ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Islam dari Yunan, China. Ada dua permainan iaitu Lian Yunan dan Lian Kwantung. Telah dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul ini.
Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.
Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).
Awang Ali/Daik dan Sani Abu Samah
Pertamakali permainan ini diijazahkan kepada Syed Abd Rahman. Awang Ali dan Muhamad Yassin Yunos merupakan sahabat kepada Syed Abd Rahman yang menjadi murid sulung beliau.Setelah diijazahkan pada 5 Januari 1897 dirumah Datuk Untut anak Datuk Beremban di no 5 Jalan Maharani, Muar, mereka berdua mewarisi tugas guru iaitu mengajarkan seni silat ini.
Setelah diijazah Awang Daik menetap di Mersing. Semasa di Mersing, beliau akrab dengan Almarhum Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 2 sehingga beliau dilantik menjadi hakim di Mersing. Dengan adanya dua orang guru silat ini di Mersing menjadikan Mersing sebagai pusat silat ini dan menjadi sebab mengapa silat ini dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing.
Silat ini terus berkembang sehingga ke Rompin,Endau terus ke Sungai Ular dan negeri Terengganu. Tempat Muhamad Yassin Yunus diganti oleh Yaakob Tara dan Isa Sulaiman, dua orang yang menetap di Mersing. Bertambah lagi pengikut silat ini dengan perlantikan Muhamad Yasin Kubong yang juga dikenali Pak Teh Muhamad Yasin seorang anak jati Endau. Beliau adalah anak murid kanan kepada Awang Daik yang dilantik menjadi guru menggantikan guru silatnya.
Abdul Rahman Awang Chik,menantu kepada Awang Daik yang kemudian nya mengambil alih tugas Pak Teh Muhamad Yasin telah mengajar silat ini ke seluruh Endau sehingga ke Rompin. Sani Abu Samah seorang anak jati Mersing pula telah mengajar buah pukul Mersing ditempat kelahiran beliau itu. Seni silat ini terus berkembang ke Kluang apabila Abd Rahman Abd Majid mengambil alih tugas Sani Abu Samah sebagai guru.
Guru-guru tua Silat Lian:
Pak Andak Tab dan Pak Cik Pit dari Segamat, Che Wan Chik yang terkenal di Rompin, Pak Anjang Ibrahim,Haji Jambi, Tok Musa,Pak Atan, Mat Wong dan lain-lain.
Permainan Lian agak berbeza dari seorang guru ke seorang guru.Ada yang menyimpan petua permainan ini,berdiri kena elak pun kena.Terlalu halus untuk membaca gerak. Dalam permainan Lian,sebelum musuh bergerak,mesti dibunuh (pukul) gerak musuh terdahulu. Ada 12 gerak Lian semuanya. Dikatakan Lian yang cantik geraknya ialah Lian Anak Dara.
Subscribe to:
Posts (Atom)